Sunday, 22 April 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh / Hari                      :  4 April 2012 (Rabu)                    Masa       :  8.45 - 9.15am

Kelas                                 :  1 Gemilang                                 Bil Pelajar : 40 orang

Mata Pelajaran                  :   Bahasa Melayu Tahun 1

Tajuk                                 :   Kasih Ibu

Objektif :   i)  Menggunakan kata nama diri pertama dengan betul

                  ii) Menyusun perkataan menjadi ayat tunggal.

                  iii) Menulis perkataan dengan kemas.  

Pengetahuan Sedia Ada  :  Murid telah dapat membaca suku kata terbuka.

Bahan              :  Kad perkataan , kad gambar, LCD

Nilai                 :  Kasih sayang, hormat-menghormati

Kemahiran      : 1.4.2   Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan

                                     dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal

                                      secara bertatasusila

                          1.2.4  Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan  yang  

                                    mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul

dengan tepat.

                          1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal         

                                    dengan betul dan tepat.

                          3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan kemas   

                         4.1.1  Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.    

                         5.1.3  Memahami dan menggunakan kata nama diri pertama  dan kedua.


Langkah/Masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran



Catatan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Bercerita tentang keluarga
Bersoal jawab  tentang ahli keluarga

Berbual dan bercerita tentang ahli keluarga
Kad gambar
Kad perkataan
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)

Nyanyian
1.Guru mempamerkan lirik lagu “Saya sayang semua” pada papan tulis.
2.Guru meminta murid menyebut
perkataan  berkaitan  dengan keluarga yang terdapat dalam lirik lagu.
Contoh : ibu, bapa, kakak, abang dan adik
1.Murid mendengar dengan teliti lagu yang dimainkan
2. Murid menyebut perkataan
3. Murid menyanyi lagu tersebut secara kumpulan dan kelas dengan sebutan yang betul.
Lirik lagu “Saya sayang semua”

Langkah 2
(10 minit)
Mengeja perkataan berdasarkan gambar 
Serta menerangkan secara ringkas tentang penggunaan kata diri pertama

1.Guru mempamerkan kad perkataan dan meminta murid mengeja dan menyebut perkataan  tersebut
2.Guru meminta murid menampal, menyebut dan mengeja perkataan berdasarkan gambar dengan sebutan yang betul.
1.Murid diminta  mengeja  perkataan dan memadankannya dengan kad gambar yang disediakan
Kad suku kata
Kad perkataan
Kad gambar
Langkah 3
(10 minit)

Mengeja dan membaca perkataan
Guru membimbing mengeja perkataan
Murid mengeja  serta membaca perkataan
  Kad perkataan
Langkah 4
(15 minit)
Menyusun perkataan
Membimbing murid menyusun perkataan menjadi ayat pendek
Menyusun perkataan

  Kad perkataan

Penutup
(10 minit)
Penilaian dan peneguhan
Guru meminta murid menulis ayat yang disusun
Murid menyalin semula perkataan yang disusun dengan kemas.
  Buku latihan